zwani.com myspace graphic comments

Wednesday 18 July 2012

Exam :)

zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org

EXAMS!!!!!!!!!!!


Custom Glitter Text

SOMETHING FROM US !!!!


Lady Bug Note Generators

SMK PUTERI : )

zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Guru Cemerlang SMK Puteri


Pengerusi            : Datin Hjh Rabiah Hussain        (GC Sains Jusa C)
Naib Pengerusi :  En Abdul Rahim Manap           (GC BM DG 48   )
Setiausaha          : Puan Robashah Ismail               (GC BM DG 48   )
Bendahari           : Puan Inah Kuala Abdullah       ( GC Kaunselor DG44)
AJK ICT               : Puan Ruzihan Abdullah             ( GC Matematik Tambahan DG 44)
AJK
Puan Hjh Zainun Othman (GC Sejarah DG44)
Puan Haslina Yusof             (GC Geografi DG44)
Puan Norma Ahmad           (GC Ekonomi Asas DG 44)
Puan Khannita Zakariah    (GC Bahasa Melayu DG 44)
En Madhavan Balakrishnan(GC Matematik DG 44)
Puan Hasmaliza Hassan      (GC Kaunselor DG 44)
Puan Lai Lian Juen               (GC Kaunselor DG 44)
Datin Nurul Hidayah Seah Abdullah  ( GC PJK DG 44)
Puan Mariam Shamsudin         (GC Pendidikan Seni DG 32)

Pengetua dan GPK Hem SMK Puteri


Pengetua cemerlang SMK Puteri : Puan Hajah Azizah Binti Mohd Nor



GPK Hem SMK Puteri : Puan Norhashimah Binti Mohammed


Wednesday 11 July 2012

SMK Puteri

SMK PUTERI

MOTTO
Kualiti teras kecemerlangan (Quality compulsory to excel)
ESTABLISHED 1993
TYPE

Goverment Non-Boarding all-school secondary school
AFFILIATIONS  
Malaysia Ministry Of Education

STUDENTS 1573
GRADES Form 1 - Form 5
LOCATION
Seremban , Negeri Sembilan


ABBREVIATION Puteri

School anthem

School anthem

 

Sekolah Menengah Puteri
Mendukung wawasan negara
Memupuk semangat nilai murni
Lahirkan pelajar yang berwibawa
Kami puteri ibu pertiwi
Janji setia tuju wawasan diri
Cemerlang semat di hati
Sikap dedikasi subur wangi
Sekolah Menengah Puteri
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Kualiti teras kecemerlangan
Visi dan misi jadi panduan
Kami puteri ibu pertiwi
Janji setia tuju wawasan diri
Cemerlang semat di hati
Sikap dedikasi subur wangi

Thursday 5 July 2012

Moto, Visi dan Misi SMK Puteri


MOTO 
KUALITI TERAS KECEMERLANGAN

VISI 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI SEREMBAN MELAHIRKAN MODAL INSAN MINDA KELAS PERTAMA 

MISI
MELAHIRKAN INSAN TERBILANG DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM, 
MENJUNJUNG DISIPLIN DAN SAHSIAH MULIA MELALUI AMALAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BERKESAN, PERSEKITARAN KONDUSIF DAN DIRESTUI KOMUNITI 

Sejarah SMK Puteri


Sejarah penubuhan SMK Puteri sememangnya tidak dapat dipisahkan dari asal-usul kewujudan Sekolah Menengah Convent, Seremban yang ditubuhkan pada 3 Oktober 1904 oleh Residen British Mr. Weld. Pada ketika itu, kemudahan yang ada hanyalah satu blok bangunan beserta 5 orang sister sebagai tenaga pengajar. Kumpulan pertama pelajarnya seramai 36 orang.

Semasa penduduk Jepun di Tanah Melayu, Sekolah Menengah Convent telah dijadikan pusat perlindungan untuk sister dan anak-anak yatim dari Taiping dan Singapura. Selepas pengunduran Jepun pada 1 Oktober 1945, Sekolah Menengah Convent telah dibuka semula dan menerima 800 orang pelajar. Bermula dari titik itu Sekolah Menengah Convent terus berkembang dari aspek pembangunan fizikal mahupun enrolmen pelajar. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Seremban ditubuhkan selepas didapati bangunan Sekolah Convent sudah usang dan tidak selamat lagi. Satu tapak berhampiran Taman AST, kira-kira 4 kilometer dari bandar Seremban dipilih untuk menggantikan Sekolah Menengah Convent yang telah usang. Pada 8 Julai 1993, majlis memecah tanah untuk pembinaan  sekolah baru telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Dato Haji Abdul Samad, PSM, DSNS, PMC, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khursus. Perbelanjaan untuk bangunan SMK Puteri berjumlah RM 5, 305, 170. Sekolah ini mengandungi 7 blok bangunan yang terdiri daripada 3 blok bangunan empat tingkat, 2 blok bangunan dua tingkat dan 2 blok bangunan satu tingkat. 

Pada peringkat awal dicadangkan sekolah baru ini menggunakan Sekolah Menengah Seremban. Kemudian apabila didapati bahawa warga sekolah ini cuma terdiri daripada pelajar perempuan sahaja, nama Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri digunakan.